Skip to main content

Bab: Murtad dan Bandar Oxford


Muka Surat: 23-24

Terpengaruh dengan Martin Luther pengasas Protestan, mereka juga telah menulis pelbagai buku mengkritik amalan dan penghayatan agama yang diamalkan oleh pihak gereja Katolik. Seperti Luther, mereka berusaha agar agama Kristian tidak menjadi agama eksklusif untuk para paderi sahaja. Mereka menulis dan membahaskan pelbagai isu dalam ajaran Katolik yang mereka anggap tidak berasas.

Walaupun mereka berkelulusan tinggi dari pusat-pusat pengajian teologi, diangkat memegang pelbagai kedudukan tinggi dalam ranking gereja seperti archbishop dan bishop, namun atas sikap anti-pembaharuan dan enggan mendengar pandangan lain yang berbeza, pihak mahkamah agama Katolik telah menghukum mereka sebagai murtad (heresy) dan derhaka (treason) kepada Queen. Mereka dibakar hidup-hidup di khalayak ramai di Oxford pada tahun 1555 dan 1556.

Petikan Daripada:
Aku Ingin Kembara Lagi
Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

KARYA BESTARI
GRUPBUKU KARANGKRAF

Comments