Skip to main content

Posts

Bab: Surah Yasin Menafikan Kewujudan Azab Kubur?

Muka Surat: 75 Sebahagian daripada kumpulan seperti Muktazilah dan golongan anti hadith menolak keimanan kepada azab kubur. Ini kerana Al-Quran tidak menyebut perkara itu. Pihak Muktazilah menolak azab kubur kerana perkara itu bercanggah dengan logik akal. Pada pendapat mereka, kewujudan azab kubur menunjukkan ketidakadilan Allah s.w.t kerana manusia yang mati semenjak zaman Nabi Adam diseksa dalam tempoh yang lama. Manakala orang yang mati ketika kiamat hampir berlaku hanya diseksa dalam tempoh yang singkat. Hujah itu kita jawab dengan mengatakan, tempoh lama ataupun sekejap dalam kerangka dunia ini diukur pada pergerakan matahari dan bulan yang mewujudkan hari dan bulan. Alam barzakh pula satu alam yang tidak sama dengan alam dunia. Tindakan mereka yang menyamakan dimensi alam dunia dan alam barzakh adalah tidak tepat. Allah yang maha berkuasa mampu menjadikan alam barzakh sebagai satu alam yang kosong dari ruang masa dan semua orang yang mati dari dahulu hingga ke akhir zaman
Recent posts

Bab: Perkara Bukan Bid'ah

Muka Surat: 32-34 Selain itu, perbuatan Saidina Umar r.a. menghimpunkan manusia pada bulan Ramadhan dengan seorang imam, iaitu Ubay bin Ka'ab sewaktu menunaikan solat tarawih berjemaah. Sebelum itu, mereka menunaikan solat berjemaah secara berasingan. Menurut Imam Al-Bukhari, daripada Abdul Rahman bin Abdul Qari, beliau mengatakan, "Aku keluar bersama Umar bin Khattab pada satu malam dalam bulan Ramadhan menuju ke masjid. Ramai manusia yang berselerak kedudukan mereka, dengan seorang lelaki bersembahyang seorang diri kemudian seorang lelaki lain turut bersembahyang dengan solatnya sepanjang malam. Lantaran itu, Umar berpendapat, 'Sekiranya aku menghimpunkan mereka dengan mengikut seorang imam, ia adalah lebih baik.' Kemudian, beliau berazam melakukannya dan berjaya menghimpunkan mereka dengan berimamkan Ubay bin Ka'ab. Selepas itu, aku keluar bersamanya pada malam yang lain dan aku dapati mereka bersembahyang mengikut solat imam mereka, lantas Umar mengatakan,

Bab: Bid'ah dan Skopnya terhadap Agama

Muka Surat: 22-23 Ibnu Umar pergi ke sebuah tempat dan melepaskan hajatnya (membuang air kecil ataupun besar) di situ. Ketika ditanya, beliau menjawab, "Sesungguhnya, ketika Nabi Muhammad s.a.w. dalam perjalanan mengerjakan haji, baginda datang ke tempat ini dan melepaskan hajat baginda disitu." Apakah perbuatan ini dituntut kepada setiap Muslim? Ia tidak dituntut. Sebaliknya, perbuatan itu disebabkan cinta yang mendalam kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ibnu Umar juga suka meletakkan untanya sepertimana Nabi Muhammad s.a.w. meletakkan untanya supaya berehat. Menerusi sikap baginda, kita tidak seharusnya menghina sekiranya baginda tidak meminta sahabatnya melakukannya kerana ia bukan suatu tuntutan. Kita sewajarnya mengetahui bahawa perkara ini tidak dilakukan oleh kebanyakkan masyarakat dan bukan suatu kefardhuan ke atas diri mereka juga. Bahkan, ianya juga bukan perkara sunnah yang dimaksudkan. Petikan Daripada: Sunnah Vs Bid'ah Yusuf Al-Qaradhawi Ph.D PTS IS

Bab: Definisi

Muka Surat: 5-6 Selain itu, terdapat juga definisi lain yang mengambil berat perihal sunnah, iaitu apa yang berlawanan dengan bid'ah. Ia adalah perkara yang disunnahkan Nabi Muhammad s.a.w dan disyariatkan kepada seluruh umat baginda. Ia berlawanan dengan mereka yang mengikut cetusan perkara baru. Ia dijelaskan dalam hadith yang direkodkan oleh I'rbadh bin Sariyah yang termasuk dalam Hadith 40 oleh Imam Nawawi: "Sesungguhnya, sesiapa antara kamu yang hidup selepas aku, nescaya dia melihat banyak perbezaan. Maka, kamu harus mengikut sunnahku dan sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin yang lurus. Gigitlah dengan gigi geraham kamu, iaitu peganglah dengan teguh. Hendaklah kamu berhati-hati terhadap perkara-perkara baru (dalam agama), kerana setiap bid'ah itu sesat." Perbezaan antara sunnah dan bid'ah menjadi topik yang hangat dalam kalangan para sahabat. Mereka mengatakan, tidak berlaku kepada kaum yang mengamalkan bid'ah melainkan mereka kehilang

Bab: Apabila Agama Menghakis Tuhan

Muka Surat: 95-96 Seperti yang kita tahu, Galileo Galilei seorang ahli fizik, matematik dan astronomi (1564-1642) telah dihukum oleh gereja. Bukunya disenarai 'haram'kan oleh pihak gereja sehingga tahun 1835. Namun, pada tahun 1992, Pope John Paul II dalam usaha untuk me'relevan'kan agama Kristian yang makin mendapat kritikan, beliau telah membuat kenyataan umum menyesali tindakan dan layanan gereja terhadap Galileo. Apabila menyebut kisah ini saya selalu teringatkan tindakan pihak berkuasa agama di Malaysia mengharamkan beberapa buku yang tidak serasi dengan mereka. Sebahagian buku itu tidak ada bukti jelas bercanggah dengan Islam seperti buku 'Pelik Tapi Benar' tulisan Ustaz Abdul Rahman Mohamed dari Singapura. Tanpa ada sebarang dalil putus, pihak jawatankuasa agama di Malaysia mengharamkan buku seperti ini. Hanya kerana 'tidak sama selera'. Lebih malang, yang mengharamkan itu pun tiada sebarang karya ilmiah yang boleh diangkat. Malay