Skip to main content

Bab: Mengapa Tongkat Nabi Sulaiman a.s Tidak Dispekulasikan Sebagai Kayu Kokka?


Muka Surat: 44

Sebahagian daripada pemuja kayu kokka berhujah, penggunaan kayu kokka tidak lebih sekadar ikhtiar seperti menelan Panadol. Bahkan, sesetengah ciptaan Allah s.w.t. seperti madu, akar tongkat ali, ginseng, dan lain-lain juga memiliki kelebihan tertentu yang mampu memberi kesan kepada tubuh badan. Sekiranya dakwaan itu benar, mereka sepatutnya membuktikan dakwaan itu melalui proses saintifik seperti yang dilakukan oleh pengeluar Panadol dan ubatan-ubatan lain. Mereka melakukan ujian klinikal terhadap produk mereka.

Petikan Daripada:
Apabila Tuhan Berbicara - Catatan Seorang Wartawan Al-Quran
Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz

PTS MILLENIA SDN. BHD.

Comments