Skip to main content

Bab: Definisi


Muka Surat: 5-6

Selain itu, terdapat juga definisi lain yang mengambil berat perihal sunnah, iaitu apa yang berlawanan dengan bid'ah. Ia adalah perkara yang disunnahkan Nabi Muhammad s.a.w dan disyariatkan kepada seluruh umat baginda. Ia berlawanan dengan mereka yang mengikut cetusan perkara baru. Ia dijelaskan dalam hadith yang direkodkan oleh I'rbadh bin Sariyah yang termasuk dalam Hadith 40 oleh Imam Nawawi:

"Sesungguhnya, sesiapa antara kamu yang hidup selepas aku, nescaya dia melihat banyak perbezaan. Maka, kamu harus mengikut sunnahku dan sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin yang lurus. Gigitlah dengan gigi geraham kamu, iaitu peganglah dengan teguh. Hendaklah kamu berhati-hati terhadap perkara-perkara baru (dalam agama), kerana setiap bid'ah itu sesat."

Perbezaan antara sunnah dan bid'ah menjadi topik yang hangat dalam kalangan para sahabat. Mereka mengatakan, tidak berlaku kepada kaum yang mengamalkan bid'ah melainkan mereka kehilangan sunnah. Ibnu Mas'ud pula menyatakan, "Melengkapkan diri dengan berpegang pada sunnah adalah lebih baik daripada berijtihad dalam perkara bid'ah."

Petikan Daripada:
Sunnah Vs Bid'ah
Yusuf Al-Qaradhawi Ph.D

PTS ISLAMIKA SDN. BHD.

Comments