Skip to main content

Bab: Bid'ah dan Skopnya terhadap Agama


Muka Surat: 22-23

Ibnu Umar pergi ke sebuah tempat dan melepaskan hajatnya (membuang air kecil ataupun besar) di situ. Ketika ditanya, beliau menjawab, "Sesungguhnya, ketika Nabi Muhammad s.a.w. dalam perjalanan mengerjakan haji, baginda datang ke tempat ini dan melepaskan hajat baginda disitu."

Apakah perbuatan ini dituntut kepada setiap Muslim? Ia tidak dituntut. Sebaliknya, perbuatan itu disebabkan cinta yang mendalam kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Ibnu Umar juga suka meletakkan untanya sepertimana Nabi Muhammad s.a.w. meletakkan untanya supaya berehat.

Menerusi sikap baginda, kita tidak seharusnya menghina sekiranya baginda tidak meminta sahabatnya melakukannya kerana ia bukan suatu tuntutan. Kita sewajarnya mengetahui bahawa perkara ini tidak dilakukan oleh kebanyakkan masyarakat dan bukan suatu kefardhuan ke atas diri mereka juga. Bahkan, ianya juga bukan perkara sunnah yang dimaksudkan.

Petikan Daripada:
Sunnah Vs Bid'ah
Yusuf Al-Qaradhawi Ph.D

PTS ISLAMIKA SDN. BHD.

Comments